Promosi Pusat Internet Dan Taklimat Myfreeview Di Majlis Perasmian Karnival Jualan Sehari Bersama Peladang, Teng Bukap Padawan
Pada 05 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan promosi Pusat Internet dan edaran risalah berkaitan dengan MyFreeview iaitu peralihan siaran televisyen secara analog kepada siaran televisyen digital pada 30 Oktober 2019. Risalah-risalah diedarkan hampir kepada semua pengunjung yang hadir.
Selain itu, kami juga mempromosi peranan pusat internet kepada penduduk setempat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.
Majlis Perasmian Karnival jualan sehari bersama peladang adalah anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Siburan. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Roland Sagah Wee Inn iaitu Menteri Muda Pemodenan Pertanian Pembangunan Tanah Adat Wilayah Sarawak. Karnival ini juga dipenuhi dengan pelbagai ceramah daripada AIDA tentang bantuan kepada pengusaha ladang, Ceramah Potensi Ternakan Lebah Kelulut daripada Pengurus Besar PPK Sri Gading, Lundu, Ceramah Potensi Arnab Pedaging daripada Syarikat KOKESA dan ceramah potensi tanaman kopi daripada Syarikat Reka Jaya Plantation Sdn. Bhd. Ceramah ini dihadiri hampir 200 orang.
Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: